Cinta Umpama Menunggu Bas

Tahu tak, cinta sebenarnya sama seperti seseorang yg menunggu bas. Bila bas
tu datang, awak nengok bas tu dan awak kata pada diri awak,”Eee…
penuhnya… tak de tempat duduk.” Jadik, awak katakan pada diri awak, “Saya
akan tunggu bas yg lain.” Awak pun biarkan bas tu berlalu dan awak tunggu
pulak bas yg lain. Kemudian, datang pulak bas yg kedua. Awak nengok bas tu
dan awak akan cakap, “Eee… bas ni buruk sgt… mesti tak selesa. Dan
mungkin bas ni akan rosak kat tengah jalan.” Jadi, awak pun biarkan bas
buruk tu berlalu dan awak bercadang untuk tunggu bas yang seterusnya.

Setelah beberapa ketika, datang lagi sebuah bas. Bas yg datang tu kosong,
tak penuh dan tak seburuk bas yg tadi tapi kali ni awak kata, “Emmm… .
tak de air-cond… cuaca pulak panas. Lebih baik saya tunggu bas yg lain.”
Dan sekali lagi awak biarkan bas tu berlalu dan awak bercadang utk menanti
bas yg seterusnya. Tiba-tiba awan mula gelap, cuaca semakin mendung dan
baru awak perasan yg awak pula dah terlambat rupanya. Awak mula panik dan
terus naik bas yg datang ketika itu, walaupun bas itu tak sebegitu
sempurna. Dan kemudian barulah awak sedar bahawa… awak dah naik bas yg
salah. Jadi, selama ni awak dah membazir banyak masa dan wang untuk
menunggu apa yg awak nak. Walaupun yg datang tu adalah bas yang ber
aircond, adakah awak dpt pastikan bahawa bas tu tak akan rosak di tengah
jalan atau mungkin bas tu tak terlalu sejuk untuk awak? Jadik, (terutamanya
golongan perempuan)lelaki pun samalah mengingini apa yg awak idamkan tu
memang tak salah. Tapi, tak salah juga kalau anda sanggup memberi satu
peluang pada orang lain, kan? Sekiranya awak dapati “bas” itu tak sesuai
dengan awak, apa yg perlu awak lakukan hanya tekan loceng dan turun
daripada bas tu. Tapi… saya pasti awak semua tentu ada pengalaman yg
macam ni. Awak nampak sebuah bas datang (tentulah bas yg awak nanti- nanti
kan), awak tahan bas tu tapi pemandu bas tu pulak buat tak faham dan
pura-pura buat tak nampak awak dan terus berlalu tinggalkan awak!
Hahahaha… . Bila ada bas yang lalu melintasi saya macam tu, apa yang saya
lakukan ialah BERJALAN!

Bodoh sebenarnya untuk mengejar bas tu sebab setiap kali, awak akan
terjatuh dan menyakiti diri awak sendiri. Jadi, bercinta tu adalah ibarat
menunggu bas, sama ada awak nak naik dan beri peluang pada bas tu…
semuanya terpulang pada diri awak. Dan bila awak berjalan, awak sebenarnya
cuba melarikan diri daripada cinta!

  1. #1 by zuriaf on Jun 25, 2007 - 2:15 am

    ishh..perumpamaan ni sungguh bermakna sekali..suka aku baca..

  2. #2 by cikf=) on Jun 29, 2007 - 12:36 am

    very nice analogy…
    tp kalo bas sket,nak xnak kene naik jugak..yp pntg misi tcapai..
    ni bkn analogi bercinta..ini bas btul2..hehe

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: