Ni la akibat kalau benci kucing

cat close-up || canon350d/ef50f1.8mkII | 1/200s | f16 | iso100 | handheld

Jangan Benci Kucing...

Budin seorang yang amat benci pada kucing, entah apa silap yang telah
dibuat oleh kucing padanya tiada siapa yang tahu. Walaupun begitu, jodoh
pertemuan sememangnya ketentuan Ilahi, Budin bertemu jodoh dengan Gayah
yang sememangnya amat suka dan cinta pada kucing. Bukan itu sahaja, sebelum
berkahwin dengan Budin, Gayah sudah sedia ada membela seekor kucing siam.

Maka dari hari ke hari, bertambah benci dan meluatlah Budin pada kucing
terutama si Tompok, kucing siam peliharaan isterinya. Apa tidaknya, Gayah
lebih memberi tumpuan kepada si Tompok dalam kehidupan sehari-hariannya.
Hal ini membuatkan Budin beranggapan, Gayah lebih sayang si Tompok
berbanding dengan dirinya.Akibat tidak mahu terus tertekan dengan keadaan
ini, Budin membuat rancangan untuk mengusir si Tompok dari hidupnya dan
hidup isterinya, Gayah. Maka, bermulalah dengan rancangan jahat Budin.

Pucuk dicita ulam yang mendatang, ketika isterinya sedang asyik mandi ,
Budin dengan tanpa segan silunya telah menangkap si Tompok, disumbat dalam
karung beras Mehsuri. Tanpa berlengah terus merempit motor kapcainya
sehingga jauh dari rumahnya , lebih kurang 10 kami lalu dihumbanlah si
Tompok tanpa belas kasihan. Dengan hati gembira, baliklah dia ke rumah
dengan siulan mengikut rentah lagu ¡°Cindai¡± nyanyian Siti Nurhaliza.
Tapi, kegembiraan hanyalah sementara bila tiba di rumah si Tompok dengan
sombong bongkaknya melanggok depan pintu lagaknya menyambut kepulangan
Budin. Sakitnya hati Budin tak dapat digambarkan.

Besoknya, Budin meneruskan rancangan jahatnya. Kali ini lebih jauh dibawa
si Tompok, 20 kami dari rumahnya. Tetapi seperti semalam Tompok berjaya
mendahuluinya pulang ke rumah. Budin tidak putus asa begitu sahaja,
alang-alang peluk pekasam, biar habis basah sampai ke pangkal lenggan. Maka
nekadlah Budin, kali ini dia bukan sahaja hendak buang Tompok lagi jauh
tapi dibawanya Tompok pusing-pusing dahulu. Habis semual jalan ditempuh,
sekijap ke kiri, sikijap ke kanan, yang lurus, yang bengkok, segala kona,
segala selekoh habis dirempitnya dan akhirnya si Tompok dibuang begitu
sahaja.

Selang berapa minit kemudian, Budin menelefon Gayah.
Budin: Ayang, Tompok ada kat dalam rumah tak, tanya Budin dengan penuh
suspen lagi berdebar-debar...
Gayah: Ada, ada dekat depan pintu tu ha, Kenapa? tanya Gayah keheranan.
Budin: Panggil dia! herdik Budin dengan nada yang tinggi...
Gayah: Kenapa? tanya Gayah lagi.
Budin. Aku nak tanya dia, bagaimana nak balik ke rumah. Aku sesat ni!..

  1. #1 by tesa on Oktober 9, 2007 - 8:01 am

    he he that’s story tell us about…don’t hate cats everybody,,funny story

  2. #2 by joe on Oktober 18, 2007 - 3:56 pm

    what a nice story!

  3. #3 by tanti on November 9, 2007 - 6:19 am

    hehe,,🙂

  4. #4 by aqilah_idros on November 15, 2007 - 6:22 am

    hoi babi

  5. #5 by aulia on November 16, 2007 - 2:39 am

    hahahahahahahahahahaahaha….

    swear very funny…… hahahahahahaha

  6. #6 by roshaizulnizam on November 19, 2007 - 2:33 am

    thanx aqilah kerana membabikan orang. semoga anda mendapat keampunan dari ALLAH. dan semoga anda insaf dan ditempatkan dikalangan org2 yang beriman

  7. #7 by rahmatilah on Disember 21, 2007 - 5:24 am

    hahhaha……hahahhahah…..aneh!!!!!

  8. #8 by shalsa on Disember 21, 2007 - 5:26 am

    hihihihi…hiihihihihi

  9. #9 by vivin on Disember 29, 2007 - 8:34 am

    huuuuuuuuuuuuuu

  10. #10 by Achicha on Januari 16, 2008 - 3:09 am

    Ha..ha..ha.. funny, cool, and nice!
    That’s tell us to think like man. Don’t think very quickly and not rational.

  11. #11 by septia on Februari 2, 2008 - 8:15 am

    kasian deh lu !!!!!!

  12. #12 by lia on Februari 15, 2008 - 6:43 am

    salam kenal ya sebelumnya,nama ku lia. oya aku adalah cewek yang sangat mencintai kucing, bagiku kucing itu hewan yang selalu mengerti dengan aku, dia juga selalu menghibur ku. kok kamu gak suka sih sama kucing?? memangnya kucing pernah nyakar kamu ya……….hehehe

  13. #13 by ati on Mac 5, 2008 - 6:45 am

    hehehe………..

  14. #14 by Kucing Jelita on Mac 14, 2008 - 7:07 am

    Aku hamba Allah yg sayang semua kucing2 kat dunia ni. Aku rasa aku sayang kat kucing aku lebih dari diri aku sendiri. Nampak kucing lalu depan rumah mesti aku ambil dan bagi makan. Tp problemnya husband aku tak suka kucing dan bila aku bagitahu kucing haiwan syurga dia boleh tak percaya. Mak mertua pun sama tak suka kucing. Susah hidup dengan manusia2 pelik yang tak suka kucing.

  15. #15 by Dhanty on Mac 15, 2008 - 1:28 pm

    Pinter bener kucingnya yah! Mungkin Tompok Bales dendam tu sama si Budin. Rasain Tu! Kucing is the best!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: