My Brain Pattern
| roshaizulnizam Brain’s Pattern |
You have a tempered, reasonable way of thinking. You tend to take every new idea in, and meld it with your world view. For you, everything is always changing. Each moment is different. Your thinking process tends to be very natural – with no beginnings or endings. |
What Does Your Name Mean?
| ROSHAIZULNIZAM | ||
|---|---|---|
| R | is for | Revolutionary |
| O | is for | Outrageous |
| S | is for | Swanky |
| H | is for | Healthy |
| A | is for | Astounding |
| I | is for | Impressive |
| Z | is for | Zealous |
| U | is for | Unreal |
| L | is for | Loving |
| N | is for | Naughty |
| I | is for | Insane |
| Z | is for | Zany |
| A | is for | Ambitious |
| M | is for | Modern |
Tempe Oh Tempe II… (Tempe Enak Dan Berkhasiat)
Sejak tak makan tempe ni, aku rasa badan aku lemah semacam je. Takde tenaga. Tak segagah waktu era pemakanan tempe aku. Erm….
Sebenarnya tempe mengandungi pelbagai khasiat. Walaupun ia busuk dan ramai yang tidak menyukainya, tetapi tempe amatlah berkhasiat dan digemari golongan vegaterian di Eropah.
Berikut adalah khasiat pemakanan yang terkandung dalam tempe:-
- Vitamin B Kompleks
- Vitamin A, D, E dan K
- Tiamin (vitamin B1), Riboflavin (vitamin B2), Niasin, Piridoksin (vitamin B6), Sianokobalami (Vitamin B12) dan Asid Pantotenat
- Mineral Besi, Tembaga dan Zink.
- Antioksidan (Isoflavon)
- Genestein dan Fitoestrogen
Selain itu dengan memakan tempe, seseorang mampu melambatkan proses penuaan, mencegah penyakit degeneratif (aterosklerosis, jantung koroner, diabetes melitus, kanser, dan lain-lain), mengurangkan kolestrol dalam darah, mencegah penyakit jantung dan darah tinggi, serta mencegah kenser prostat dan payudara.
100g tempe mengandungi 9.39mg besi, 2.87 tembaga dan 8.05mg zink. 50g tempe sama khasiatnya dengan 200g nasi. Hebat bukan?
Tempe oh tempe….kaulah kfc ku….nyummmmm
Tempe Oh Tempe…

Diam tak diam dah 3 bulan aku di Terengganu. Sepanjang tempoh tu, aku langsung tak pernah balik Johor. Erm..aku dah stat rindu pada mak ngan abah kat kampung (huk..huk..pilunya).
Setakat rindu mak abah apala sangat. Aku leh call diorang. Tapi kalau rindu nak makan tempe camna?? Aku dah betul-betul gian nak makan tempe. 3 bulan beb aku tak makan tempe!
Kalau dapat makan tempe goreng cicah sambal kicap alangkah syahdunya. Malangnya kat Terengganu memang susah nak jumpa tempe. Kalau ada pun yang bungkus dalam plastik. Tak sedap jack!!
Tempe…dimana ko…
p/s: Aku dah menggigil ni….nak makan tempe…
Hoi!!! Nak Bercinta Ke Nak Bawa Kereta???
Pada suatu pagi yang indah. Aku memandu bersendirian dari Dungun untuk ke Chendering. Bertemu buah hati (heheheh). Sedang aku memandu pada kelajuan 90 km/j (kereta kancil tahun ‘95 mana boleh laju-laju, tanggal tayar nanti) ada sebuah kereta Wira 1.8 turbo (ekjosnya besar, bunyinya…vrooooommmmm) dipandu perlahan dihadapanku.
Aku ingat dia baru keluar simpang, tu pasal lah perlahan. Aku pun ikut kereta tu dalam 10 minit. Aik??? Tak laju pun kereta ni??? 50 km/j dia bawa! Kalau macam ni, bila aku nak sampai. Dah lambat ni. Awek aku mesti membebel nanti.
Aku cuba potong. Tapi susah la beb!!! Jalan banyak selekoh. Lori banyak. Pastu aku bawa kancil je. Mana ada pikup. Silap ari bulan aku duk dalam gaung. Tak pun bawah lori.
Cilaka betul la…hati aku dah mula panas ni. Aku main-main lampu. Dia buat bodoh. Aku hon. Dia buat bodoh gak. Pastu dia main-main brek. Ini betul punya cilaka. Aku rapat dekat kat bontot kete dia. La…patut pun, ada mata air kat sebelah. Hmm..patut la pun. Tengah asyik bercinta rupanya…tah2 tengah ringan2. Hampeh!!!
Tiba di suatu jalan lurus, aku lantas memotong kereta yang cilaka itu. Sempat aku jeling kat mamat tu dan tayang penumbuk aku. Bila aku dah dedpan dia, terus aku brek kereta aku. Menggelabah juga mamat tu, siap hon dengan penuh amarah. Pastu aku memecut kancil aku dengan pantas (heheheh). Aku pasti mamat tu tak kan kejar. Mesti awek dia tak bagi kejar. Heheheh
Aku ngam-ngam sampai Cendering…
p/s: Jangan bercinta semasa membawa kereta. Gi la taman bunga!!!!!!
Make Budu
Aku asal dari Kulai, Johor. Sebelum ni aku tak pernah makan budu. Pernah juga aku cuba test try. Tapi….uwwweeekkkkkkk! Macam muntah hantu! (Agaknya la).Itu semua dulu…. Sejak aku duduk di Dungun ni, aku dah pandai makan budu. Makan apa pun mesti cicah budu. Timun, ikan bakar, malah telur dadar pun aku cicah budu. Sedap oooo…..hingga menjilat tapak tangan. Housemate aku 2 orang dari Besut. Diorang inilah yang mengajar aku memakan budu. Diorang kalau makan nasi, mesti ada budu, siap buat kuah lagi tuh!!! Dalam peti ais rumah aku ada stock budu setengah dozen!!! (wacaaaaa…) Budu paling best dicampur bersama tempoyak, limau nipis dan cili api. Perghhh!!!! Mak mentua lalu pun boleh tak perasan. (Errr..aku dah ada mak mentua ke?)
Aku dah tak tahan dah ni…aku nak minum budu ni….
p/s: Budu Cap Tereh
Blog? Apa tu?
Aku hanya orang kampung yang tidak berapa mengerti mengenai dunia IT. Banyak hal-hal IT yang aku masih lagi buta. Blog juga merupakan sesuatu yang asing padaku. Apa itu blog? Frog kah ia? Bongok kah ia? Cendol kah ia? Hm…mulanya aku bingung. Namun setelah ,meneliti sebentar di “blogger”, barulah aku mengerti. Itu pun masih tidak berapa pasti…
Rupanya blog merupakan jurnal/diari elektronik (er…betul ke?). Namun ramai para pemblogger (eh, ada ke perkataan ‘pemblogger) mengunakannya untuk mezahirkan apa yang terbuku di hati dan otak mereka. Ada juga menjadikan blog sebagai alat untuk mempromosi e-dagang mereka (www.saifulsham.com — best wooo). Itulah serba ringkas pasal blog, dari kajian aku yang tak sampai dua jam…..



You have a tempered, reasonable way of thinking. You tend to take every new idea in, and meld it with your world view. For you, everything is always changing. Each moment is different. Your thinking process tends to be very natural – with no beginnings or endings.











