Sejengkal, Sehasta

September 30, 2007 at 11:58 pm (Inspirasi-Motivasi) (, , , , )

Daripada Abu Hurairah r.a. daripada Rasulullah s.a.w.,
sabdanya:

Allah Azza wa jalla berfirman-dalam Hadis Qudsi: “Aku
adalah menurut sangkaan hambaKu dan
Aku akan selalu besertanya selama ia mengingat
padaKu.”

“Demi Allah, nescayalah Allah itu lebih gembira kepada
taubatnya seseorang hambaNya daripada seseorang di
antara kamu semua yang menemukan sesuatu bendanya yang
telah hilang di padang yang luas.”

“Barangsiapa yang mendekat padaKu dalam jarak
sejengkal, maka Aku mendekat padanya dalam jarak
sehasta dan barangsiapa yang mendekat padaKu dalam
jarak sehasta, maka Aku mendekat padanya dalam jarak
sedepa. Jikalau hambaKu itu mendatangi Aku dengan
berjalan, maka Aku mendatanginya dengan
bergegas-gegas. “

Pautan Kekal Tinggalkan Komen

Surat Syaitan

September 28, 2007 at 9:51 am (Inspirasi-Motivasi) (, , , )

Aku melihatmu kemarin, saat engkau memulai aktiviti harianmu.

Kau bangun tanpa sujud mengerjakan subuhmu

Bahkan kemudian, kau juga tidak mengucapkan “Bismillah” sebelum memulai santapanmu, juga tidak sempat mengerjakan shalat Isha sebelum berangkat ketempat tidurmu

Kau benar2 orang yang bersyukur, Aku menyukainya

Aku tak dapat mengungkapkan betapa senangnya aku melihatmu tidak merubah cara hidupmu.

Hai Bodoh, Kamu millikku.

Ingat, kau dan aku sudah bertahun-tahun bersama,

dan aku masih belum bisa benar2 mencintaimu .

Malah aku masih membencimu, karena aku benci Allah.

Aku hanya menggunakanmu untuk membalas dendamku kepada Allah.

Dia sudah mencampakkan aku dari surga, dan aku akan tetap memanfaatkanmu sepanjang masa untuk mebalaskannya

Kau lihat, ALLAH MENYAYANGIMU dan dia masih memiliki rencana-rencana untukmu dihari depan.

Tapi kau sudah menyerahkan hidupmu padaku,

dan aku akan membuat kehidupanmu seperti neraka.

Sehingga kita bisa bersama dua kali dan ini akan menyakiti hati ALLAH

Aku benar-benar berterimakasih padamu, karena aku sudah menunjukkan kepada NYA siapa yang menjadi pengatur dalam hidupmu dalam masa2 yang kita jalani

Kita nonton film ‘porno’ bersama, memaki orang, mencuri, berbohong, munafik, makan sekenyang-kenyangya , bergosip, manghakimi orang, menghujam orang dari belakang, tidak hormat pada orang tua ,

Tidak menghargai Masjid, berperilaku buruk.

TENTUNYA kau tak ingin meninggalkan ini begitu saja.

Ayuhlah, Hai Bodoh, kita terbakar bersama, selamanya.

Aku masih memiliki rencana2 hangat untuk kita.

Ini hanya merupakan surat penghargaanku untuk mu.

Aku ingin mengucapkan ‘TERIMAKASIH’ kerana sudah mengizinkanku
memanfaatkan hampir semua masa hidupmu.

Kamu memang sangat mudah dibodohi, aku menertawakanmu.

Saat kau tergoda berbuat dosa kamu menghadiahkan tawa.

Dosa sudah mulai mewarnai hidupmu.

Kamu sudah 20 tahun lebih tua, dan sekarang aku perlu darah muda.

Jadi, pergi dan lanjutkanlah mengajarkan orang-orang muda bagaimana berbuat dosa.

Yang perlu kau lakukan adalah merokok, mabuk-mabukan, berbohong, berjudi, bergosip, dan hiduplah se-egois mungkin.

Lakukan semua ini didepan anak-anak dan mereka akan menirunya.

Begitulah anak-anak .

Baiklah, aku persilakan kau bergerak sekarang.

Aku akan kembali beberapa detik lagi untuk menggoda mu lagi.

Jika kau cukup cerdas, kau akan lari sembunyi, dan bertaubat atas dosa-dosamu.

Dan hidup untuk Allah dengan sisa umurmu yang tinggal sedikit.

Memperingati orang bukan tabiatku, tapi diusiamu sekarang dan tetap melakukan dosa, sepertinya memang agak aneh.

Jangan salah sangka, aku masih tetap membencimu.

Hanya saja kau harus menjadi orng tolol yang lebih baik dimata ALLAH.

Catatan : Jika kau benar2 menyayangiku , kau tak akan memberi surat ini dengan siapapun.

Yang Benar

Iblis Setan,

Persiaran Api,

Neraka Boulevard,

6666,Nerakastan

Pautan Kekal Tinggalkan Komen

Ganjaran Ramadhan

September 27, 2007 at 8:56 am (Inspirasi-Motivasi) (, , , )

“Hai  orang-orang yang beriman, diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana di wajibkan atas orang-orang sebelum kamu, agar kamu bertaqwa”—- —–Al-Baqarah : 183

“Apabila tiba bulan Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup pintu-pintu neraka serta syaitan-syaitan dibelenggu” Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim

Daripada Abu Hurairah r.a daripada Rasulullah S.A.W Baginda bersabda maksudnya:

“Segala amal kebajikan anak Adam itu dilipat-gandakan pahalanya kepada 10 hinggalah ke 700 kali ganda kecuali puasa, sesungguhnya puasa itu adalah untukKU dan Aku (Allah) memberikan balasan pahala kepadanya, kerana dia ( orang yang berpuasa ) telah meninggalkan syahwat dan makan minumnya kerana Aku.” Hadis Qudsi Riwayat Muslim

Al-Quran Surah Al-Qadr Ayat 1-3 yang bermaksud:

“Sesungguhnya kami telah menurunkannya (Al-Quran) pada malam Lailatul Qadar. Dan tahukah kamu apakah Lailatul Qadar itu? Malam Lailatul Qadar itu adalah lebih baik dari seribu bulan”

Pautan Kekal Tinggalkan Komen

Jadual Harian Seorang Muslim Di Bulan Ramadhan

September 26, 2007 at 12:08 am (Inspirasi-Motivasi) (, , , , , )

4.00 pagi –

Bangun Berdoa kepad ALLAH dengan doa : Segala puji bagi ALLAH yang telah menghidupkan aku setelah DIA mematikan aku dan kepadaNYAlah aku akan dikembalikan. Berniatlah untuk melaksanakan sebanyak-banyak kebaikan hari itu. Mandi dan membersihkan diri. Mengambil wudhu dan memakai pakaian yang suci untuk beribadah, berwangi-wangian. 

4.20 pagi –

Solat Sunat Taubat Niatnya : Sahaja aku sembahyang sunat taubat 2 rakaat kerana ALLAH Taala. Rakaat pertama selepas Al-Fatihah baca surah Al-Kafirun, rakaat kedua selepas Al-Fatihah baca surah Al-Ikhlas. Selepas sembahyang, angkatlah tangan memohon ampun kepada ALLAH. Menangislah menyesali dosa-dosa. 

Solat Sunat Tahajjud Niatnya : Sahaja aku sembahyang sunat tahajjud 2 rakaat kerana ALLAH Taala. Rakaat pertama selepas Al-Fatihah baca surah Al-Kafirun, rakaat kedua selepas Al-Fatihah baca surah Al-Ikhlas. Selepas sembahyang, angkatlah tangan berdoa kepada ALLAH. 

Solat Sunat Hajat Niatnya : Sahaja aku sembahyang sunat hajat 2 rakaat kerana ALLAH Taala. Selepas Al-Fatihah rakaat pertama baca ayatul Kursi 1 kali. Selepas Al-Fatihah rakaat kedua baca surah Al-Ikhlas 11 kali. Ketika sujud terakhir baca 11 kali dan sertakan di dalam hati segala hajat-hajat kita. 

Solat Sunat Witir Niatnya : Sahaja aku sembahyang sunat witir 2 rakaat kerana ALLAH Taala. Selepas salam, bangun lagi dan sembahyang witir 1 rakaat. Perbanyakkan berdoa kepada ALLAH dengan penuh rasa kehambaan, rendah diri, meminta-minta, merintih-rintih, agar ALLAH ampunkan dosa-dosa kita, taubat kita, terima amalan kita, memperkenankan doa dan permintaan kita. 

5.00 pagi –

Makan Sahur 

Menggosok gigi dan membersihkan sisa-sisa makanan di mulut. 

5.30 pagi –

Bersiap menunggu waktu Subuh dengan membaca Al-Quran atau berselawat.Sembahyang sunat Subuh, sembahyang Subuh berjemaah. Selesaikan wirid harian di tikar sembahyang atau baca Al-Quran hingga terbit matahari.

7.00 pagi –

Membuat persiapan ke tempat kerja. Melangkah ke tempat kerja dengan membaca Bismillah dan doa kepada ALLAH agar semua aktiviti kita diberkatiNYA. Sentiasa berselawat kepada Rasulullah SAW sama ada menyebutnya atau di hati. Banyakkan istigfar/meminta ampun. Melaksanakan kerja dengan bersemangat dan penuh bertanggungjawab. Datangkan rasa bahawa ALLAH sentiasa memerhati kerja-kerja yang di lakukan dan yakinlah DIA akan membalas segala kebaikan yang kita buat.

10.00 pagi –

Sembahyang Sunat Dhuha Ia adalah sumber rezeki yg berkat kalau istiqamah diamalkan. Niatnya : Sahaja aku sembahyang sunat dhuha 2 rakaat kerana ALLAH Taala. Penuhi masa rehat tengahari dengan menambah ilmu atau membaca Al-Quran. Elakkan sungguh-sungguh dari melakukan dosa walaupun kecil dan perkara yang sia-sia. Contoh dosa-dosa : mengumpat mengutuk, menyindir yang menyakitkan orang, bergaul bebas tanpa menjaga syariat seperti berbual dengan bukan muhrim mengenai perkara yang tiada sangkut paut dgn kerja. 

12.45 tgh –

Bersiap untuk solat Zohor. Menunggu waktu bersembahyang dengan berselawat. Solat Zohor berjemaah. Laksanakan juga solat sunat Rawatib Bersujud syukur setelah selesai sembahyang sunat dan wirid sebagai berterima kasih kepada ALLAH yg memberi kita nikmat besar dapat menyembahNYA. 

4.15 ptg –

Bersedia untuk solat Asar. Solat Asar berjemaah. Laksanakan juga solat sunat Qabliyah. Bersujud syukurlah setelah selesai sembahyang sunat dan wirid sebagai  berterima kasih kepada ALLAH yg memberi kita nikmat besar dapat menyembahNYA. 

5.30 ptg –

Membeli barang-barang keperluan berbuka dan sahur. Tanpa berlebih-lebih. Ingatlah walaupun syaitan dirantai tetapi nafsu masih ada dlm diri kita !!!  

6.30 ptg –

Memperbanyakkan doa sebelum berbuka. Kerana di waktu itu adalah masa yang mustajab doa. Ingatlah sabda Rasulullah SAW : “Ramai orang yang berpuasa, yang mereka dapat hanya lapar dan dahaga”, merintihlah kepada ALLAH memohon agar amalan kita diterima.Apabila masuk watu Magrib, Bacalah doa dan berbuka :Wahai Tuhan, kerana Engkaulah aku berpuasa, kepada Engkaulah aku beriman dan dengan rezki engkaulah aku berbuka. Berbuka puasa dengan makanan manis seperti buah kurma dan meminum air, terus menunaikan solat maghrib berjemaah, setelah itu barulah makan makanan berat.

8.00 mlm –

Solat Isya’ berjemaah dan diteruskan dengan solat Terawih. Cuba pertahankan solat terawih walau bagaimana keadaan sekalipun kerana fadhilatnya amat besar. Bacalah Al-Quran dengan penuh tawadhuk, seeloknya baca dengan bertadarus (berkumpulan bergilir-gilir, seorang baca, yang lain menyemaknya), cuba khatamkan membaca Al-Quran paling kurang satu kali sepanjang ramadhan. Kebanyakan imam-imam besar mengkhatamnya dua kali dalam sehari (60 kali sebulan Ramadhan). 

11.00 mlm –

Memperbanyakkan istigfar sebelum tidur. Berniatlah utk puasa esok hari dgn berniat : Sahaja aku berpuasa hari esok untuk menunaikan puasa ramadhan yg wajib ke atasku , tahun ini kerana ALLAH Taala. ( JANGAN LUPA!!!) Tidur awal agar dapat bangun utk beribadah. Bacalah doa sebelum tidur :Dengan namaMU Ya ALLAH! Aku hidup dan mati. Ingatlah tidur adalah mati yg sementara, kemungkinan kita dipanggil ALLAH ketika tidur.

Pautan Kekal Tinggalkan Komen

Maaf Tuan!

September 25, 2007 at 5:05 am (Lawak Tepi) ()

Kisah ni terjadi di sebuah kem tentera. Sepasukan penembak tepat sedang berlatih di lapang sasar. Salah seorang dari ahli pasukan tersebut, ada la sorang penembak yang paling lemah. Dari 10 tembakan yang dibuat, sekali pun tak kena s! asaran.


“Satu pun tak kena??? Argghhh!!! tension aku, apa nak jadi dengan kau ni???” sergah Kapten pasukan.


“Sorry tuann!!! tersasar tuan!!!” balas penembak tu.


“Takpe… takpe… saya akan dekatkan sikit sasaran tu ke jarak 5 meter, kalau tak kena jugak, dipersilakanlah untuk beramboss!!”


Tapi yg sedih, sama jugak keputusannya, habuk pun tak kena, dengan muka selamba, penembak tu pun meminta maaf “Sorry tuann!!!! tersasar lagi tuan!!!”.


Kapten yang dah hot tahap megi hot cup tu pun menyergah “Kalau macam ni baik kau pergi mamposs!!!. Pergi belakang berek tu dan bedil kepala kau sekarang jugakkk!!”


Kerana patuh dengan arahan, penembak tersebut pun pergi ke belakang berek. Kemudian terdengar bunyi tembakan dilepaskan. Seketika kemudian penembak tadi pun keluar lalu menuju ke arah tuannya.


“Sorry tuannn!!!!! tersasar lagi tuannnn!!!!! “

Pautan Kekal Tinggalkan Komen

Nenek Ku Bukan Pelacur

September 24, 2007 at 5:57 am (Lawak Tepi)

Seorang gadis menjadi pelacur tetapi tidak mahu neneknya tahu. Satu hari satu gerombolan pelacur ditangkap termasuklah gadis itu. Polis meminta pelacur-pelacur itu membuat satu garisan lurus. Semua beratur. Tiba-tiba muncul nenek tua kepada gadis itu
jalan bongkok-bongkok dan setelah melihat cucunya berbaris dia bertanya: “Kenapa kamu berbaris di sini?”

Cucu pula untuk menghalang neneknya tahu cerita sebenar telah berbohong dengan mengatakan ada dermawan akan membahagi-bahagikan buah orange dan sebab itulah beliau berbaris. Nenek beredar pergi. Di pertengahan jalan dia teringatkan cucu-cucunya yang lain yang mungkin mengharapkan beliau membawa pulang buah-buahan.

Lalu dia pun turut berbaris tanpa diketahui oleh cucunya. Dia berbaris di belakang.
Seorang anggota polis mengambil kenyataan-kenyataan dari gadis yang sedang berbaris itu. Apabila dia sampai untuk giliran mendapatkan kenyataan orang terakhir, dia terkejut kerana tercegat seorang nenek yang jalan pun bongkok-bongkok macam tiada kudrat. Dia tercengang lalu tertanya: “Kamu tua, bagaimana kamu lakukannya?”

Si nenek (menyangka soalan itu ditanya tentang bagaimana dia boleh makan orange itu menjawab: “Oh senang je. Aku hanya cabut gigi palsu dan mula sedut sampai airnya kering.”

Pautan Kekal 4 komen

Pengemis dan Pelajar Universiti

September 24, 2007 at 12:02 am (Lawak Tepi)

Seorang mahasiswa sedang asyik berbicara dengan seorang pengemis tua di depan kampus UITM.

Mahasiswa : Sudah lama mengemis di sini pakcik?
Pengemis : Ya… lebih kurang sudah 8 tahun , nak
Mahasiswa : Wah, sudah lama juga ya pakcik..sehari biasanya dapat berapa pakcik?
Pengemis : Paling sedikit RM50.00 nak ..
Mahasiswa : Banyak juga ya pakcik
Pengemis : Bolehlah nak, untuk keluarga…
Mahasiswa : Ehhhh…..keluarga ada di mana?
Pengemis : Anak pakcik semuanya ada 3 orang, yang pertama ada di Universiti Putra Malaysia di Selangor, yang kedua ada di Universiti Utara Malaysia di Kedah dan yang ketiga di Universiti Sains Malaysia di Penang…
Mahasiswa : Subhanallah, hebat-hebat keluarga pakcik ni…boleh tahan juga yerrr.. Eh..Anak pakcik tu semuanya masih kuliah?
Pengemis : tak arrrrrr….semuanya mengemis seperti pakcik….

Pautan Kekal 3 komen

Pesakit Jiwa

September 23, 2007 at 8:18 am (Lawak Tepi)

Satu hari, seorang pilot telah di tugaskan utk membawa 30 pesakit jiwa berpindah ke satu kawasan yg baru dgn menaiki kapal terbang yg akan dipandunya.

Pada keesokan hari, spt yg dijanjikan juruterbang itu pun membawa 30 pesakit jiwa tersebut. 29 pesakit tersebut terlalu gembira dapat menaiki kapal terbang itu. Mereka semua melompat2 di dlm kapal terbang itu. Bagaimanapun cuma seorang pesakit sahaja yg hanya mendiamkan diri.

Tiba2 kapal terbang yg mereka sem! ua naiki bergegar akibat 29 pesakit yg melompat2 itu. Pilot menjadi geram akibat perbuatan 29 pesakit itu. Dia tidak dapat mengawal kapal terbang yg bergegar itu. Pilot tersebut memanggil pesakit jiwa yg pendiam itu dan menyuruh supaya dia memberitahu kawan2nya supaya berhenti bermain.

5 minit kemudian, pilot itu mendapati kapal terbang kembali stabil. Pilot memangggil sekali lagi pesakit jiwa yg pendiam itu dan bertanya, “Kenapa semuanya boleh menjadi senyap dlm sekelip mata..? Apa yg kau bagi tau sama kawan2 kau itu?”.

Pesakit itu pun manjawab “Saya bagi tau kat kawan2 saya ….. kalau nak melompat2… ……… pergi main kat luar!!!!

Pautan Kekal Tinggalkan Komen

Luahan Hati Lelaki Yang Nak Kahwin Lagi

September 23, 2007 at 12:04 am (Inspirasi-Motivasi)

Saya sendiri sebagai lelaki rasa tercabar apabila isteri saya sering mewar-warkan kepada saya bahawa umur saya dah melewati 40 tahun. Life starts at 40. ‘Kalau U rasa U nak pasang lagi satu, I izinkan’.
Bila berangan tentang nak kahwin lain ni memanglah seronok. Tersengih sengih aje lah I at that time.

‘Dunia ni dah terbalik gamaknya, kawan kawan aku siap pegi Siam nu nak nikoh lagi satu, ni siap suruh lagi.tak tahulah kalau isteri say tu main reverse psikologi dengan saya.

Tapi lepas saya berfikir panjang, rasa rasanya tak nak lah. Sebab apa ? Bila mengenangkan awak dah 40. Let say kalau I kahwin dengan anak dara.Memang lah seronok beb. Seronok benda yang kat dalam seluar tu aje lah.

Tentang makan minum, pakai I, rasa nya I tentu asyik teringatkan my first wife.Tak perlu nak ajar, I suka makan apa, cam mana cara nak masaknya, baju I kena gosok cam gini, kalau I bangun tidur I suka kalau my wife dah siap mandi dan segala gala nya lah.

Rasa rasa dapat ke isteri muda I buat gitu. Tentu dia banyak ragam. Ye lah dia muda, I dah tua. Mesti dia kata I ni mengada ngada. Lebih haru lagi, tentu anak anak I akan memberontak sakan. Yelah sekarang ni kan banyak kes bapak kahwin lain. anak anak lebih tertekan. Disebabkan masyarakat kita ni memandang serong pada keluarga yang bapak mereka kahwin lebih dari satu.

Diorang tentu dah tak rapat dengan I. Kalau I ada anak dengan isteri baru, tentu kecik sangat lagi di masa I dah tua dan memerlukan perhatian dari anak anak. Sedangkan rumah isteri muda tengah hiruk pikuk dengan anak anak kecil (kan dah ada> experience dengan isteri pertama-bagaimana kelam kabut! nya dia menguruskan anak-anak) sedangkan dirumah isteri tua, anak anak sedangseronok bergurau senda bersama ibunya membincangkan topik-topik terkini dan juga kehidupan mereka.

Tak boleh jadik nih. Banyak benda yang kena repeat. Mula mula kawin tentu seronok.Paling lama setahun. Bila dah ada anak,tanggungjawab baru bermula semula sebagaimana dengan isteri pertama. Tapi masa tu kita dah tak larat nak basuh berak anak, nak pegi shopping beli baju anak anak. Silap haribulan orang kata tengah pilih baju cucu. Eii tak sanggup pula.

Balik rumah mertua pula, teringatkan masa akad nikah dulu, beria ria kita nak kan anak dia. Lepas tu kita kawin lagi satu.

Tentu muka nih tak tahu nak letak kat mana. Orang tua tak kan nak straight to the point. Tanya itu ini.

Kalau dia nak bercakap tentang tu cukup dengan jelingan dan kerlingan mata,buat kita dah tak senang duduk.Tak kan raya asyik balik umah mak mertua baru aje.

Hish banyak lah lagi. Bagi korang yang suka berbincang pasal benda yang indah indah nih sila kanlah. Tapi bagi saya selagi hayat dikandung badan, selagi tu lah saya tak nak tambah. Tak nak lah mendabik dada. Cakap besar.

Tapi sekadar menurutkan nafsu dan benda dalam seluar tu saya rasa tak pernah kurang pun layanan isteri terhadap saya. Keluarga ni, kita bina keluarga bahagia yang di depan mata. Bukannya yang di dalam kepala.

Hadapi hari esok yang tentu dengan keluarga yang banyak mengharungi susah senang dari mula.

Pengorbanan isteri (walaupun kadang kala dia pernah merungut salah kita juga, cuai dan mengabaikannya) .

Apa apa pun semuanya bermula dengan kita. Insaflah.

Kalau nak ikut nabi, rasa rasanya solat subuh pun kita terlepas kalau isteri tu tak kejutkan. Tak payah lah yang lain lain. Kang ada yang nangis bila saya sebutkan. Cukuplah. Sesungguhnya amat bertuahlah suami-suami yang mempunyai isteri yang menyuarakan pendapat di ruangan ni. Membuktikan mereka sayang, kasih dan cinta pada kalian.

Apa sangatlah kita nih. Macam nabi konon. ye ke?Bab kawin kawin aje nih cam nabi. Cuba bab menegakkan agama Islam,masih lagi terkial kial…

Pautan Kekal 2 komen

Kita Semakin Kejam

September 21, 2007 at 2:54 am (Gambar-Gambar)

manusia zaman sekarang..!! BODOH!!!!
 16-03-07_0839.jpg
Aku antara reporter tak bergaji yg gi nibuk tgk pagi tu siap ambik 
gambar lagi ni ha.Mmg menyedihkan.budak ni dah tercampak masuk dlm 
Dampster.lori angkut sampah yg ada hidraulik tu.Bila sampai tang 
beg sampah yg ada baby ni.mesin pengepit sampah tu sangkut mcm ada 
benda tersekat.Pekerja2 tu terpaksa la bukak bahagian smapah tu 
tarik beg tu kuar and buka2 ada baby girl.Aku sebak tgk budak ni 
dok dgn tin susu, cili,nasi basi etc.Dorang pun panggil polis..
kecoh la kejap area ni. Mak budak ni GRO bangsa Thai.dah kena 
tangkap dah pun.Dgr cerita,dia beranak mlm tu,adik dia yg tolong 
tarik baby ni kuar dr perut.Dek sb tersalah tarik budak ni mati.
Dorang taktau nak wat apa.campak jer dlm tong sampah.Masya Allah.
aku taktau la apa nak jd dunia sekarang.Binatang pun tau sayang 
anak dia.tgk ler gambo nih.aku tangkap guna handphone aku jer.

Pautan Kekal 5 komen

Next page »