Misteri Kedai Tak Untung…

Jun 29, 2007 at 3:21 am (Gambar-Gambar)

Sungguh misteri….

Ada sesiapa boleh selesaikan misteri ini?

tak-untung.jpg

p/s: Jangan biarkan diri anda diselubungi misteri……

Pautan Kekal 6 komen

Petua Supaya Betik Tak Gugur

Jun 21, 2007 at 12:10 am (Gambar-Gambar)

betik-gugur.jpg

p/s: Kitar semula coli anda. Fikir dulu sebelum buang!!!!

Pautan Kekal 5 komen

Sempat Ke Kita?

Jun 20, 2007 at 12:08 am (Inspirasi-Motivasi)

Seseorang telah menghantar emel kadapa aku. Kandungannya adalah seperti berikut…

a) Mengikut hadith umat Rasulullah akan hidup selama 1500 tahun…
sekarang sudah 1439 = 1426 + 13 tahun hijrah… daripada ini
kita ketahui kita akan bertahan dalam masa 61 tahun lagi..Jikalau ini
benar, bumi akan kiamat pada tahun 2066

b) Saintis telah menjumpai sebuah planet yang
lebih kecil daripada bumi yang menghala ke bumi..Ia telah
dianggarkan bahawa planet itu akan
melanggar bumi pada tahun 2014.Amerika
akancubauntuk menukarkan orbitnya
dengan menembaknya dengan sebuah roket…
Dan saintis juga telah menjumpai
sebuah planet yang juga akanmenghentam bumi…
Ia dianggarkan akan melanggar
bumi dalam masa 60 tahun lagi..Dan planet ini
lebih besar daripada bumi…
Jikalau ini benar, dunia akan musnah pada tahun
2065….

c) Dan dikatakan kuasa Israel akan mencapai
puncaknya pada tahun 2007…
Dan kuasanya akan jatuh semula dalam 14 tahun,
iaitu tahun 2022, disebabkan
oleh penurunan semula Nabi Isa… . Dan hadith
mengatakan bahawa Nabi Isa hanya akan hidup selama 40
tahun dan dunia akan kiamat
pada hari Nabi Isa wafat..Jikalau ini benar dunia
akankiamat pada tahun 2062… .

Dianggarkan Bumi Akan Kiamat Antara Tahun
2062-2066…. Wallahu’alam…
Semua ini telah dikaji… Dan yang dipercayai
paling tepat ialah hadith
yang mengatakan bahawa umat Rasulullah akan
bertahan selama 1500 tahun…
Kita telah berada di bumi ini selama 1439 tahun…
Cubalah anda kirakan sendiri…

Beribadatlah wahai umat-umat Islam sekalian…
Sampaikanlah mesej ini
kepada semua kenalan Islam anda… Semoga
saudara-saudari sekalian akan
mendapat rahmat ALLAH S.W.T.. .

Pautan Kekal 3 komen

Jom TIDO!!!

Jun 19, 2007 at 12:20 am (Gambar-Gambar)

caxd9eb6.jpg

cavi0r0p.jpg

caunsti5.jpg

can1rly7.jpg

camfwhaf.jpg

cai1ev4f.jpg

caepuni7.jpg

caemsl6e.jpg

cac7iny3.jpg

caapyvex.jpg

ca27fwdw.jpg

ca6p4f67.jpg

ca4t6z89.jpgca1pozfd.jpg

ca0xulqh.jpg

p/s: Kalau guru kencing berdiri, anak murid kencing berlari…

Pautan Kekal 4 komen

Bos Sape La Ni……

Jun 18, 2007 at 12:04 am (Gambar-Gambar)

pic26299.jpg

p/s: Aku tak tau nak tulis apa…huhuhuhuh

Pautan Kekal 3 komen

Cinta Umpama Menunggu Bas

Jun 17, 2007 at 12:50 am (Inspirasi-Motivasi)

Tahu tak, cinta sebenarnya sama seperti seseorang yg menunggu bas. Bila bas
tu datang, awak nengok bas tu dan awak kata pada diri awak,”Eee…
penuhnya… tak de tempat duduk.” Jadik, awak katakan pada diri awak, “Saya
akan tunggu bas yg lain.” Awak pun biarkan bas tu berlalu dan awak tunggu
pulak bas yg lain. Kemudian, datang pulak bas yg kedua. Awak nengok bas tu
dan awak akan cakap, “Eee… bas ni buruk sgt… mesti tak selesa. Dan
mungkin bas ni akan rosak kat tengah jalan.” Jadi, awak pun biarkan bas
buruk tu berlalu dan awak bercadang untuk tunggu bas yang seterusnya.

Setelah beberapa ketika, datang lagi sebuah bas. Bas yg datang tu kosong,
tak penuh dan tak seburuk bas yg tadi tapi kali ni awak kata, “Emmm… .
tak de air-cond… cuaca pulak panas. Lebih baik saya tunggu bas yg lain.”
Dan sekali lagi awak biarkan bas tu berlalu dan awak bercadang utk menanti
bas yg seterusnya. Tiba-tiba awan mula gelap, cuaca semakin mendung dan
baru awak perasan yg awak pula dah terlambat rupanya. Awak mula panik dan
terus naik bas yg datang ketika itu, walaupun bas itu tak sebegitu
sempurna. Dan kemudian barulah awak sedar bahawa… awak dah naik bas yg
salah. Jadi, selama ni awak dah membazir banyak masa dan wang untuk
menunggu apa yg awak nak. Walaupun yg datang tu adalah bas yang ber
aircond, adakah awak dpt pastikan bahawa bas tu tak akan rosak di tengah
jalan atau mungkin bas tu tak terlalu sejuk untuk awak? Jadik, (terutamanya
golongan perempuan)lelaki pun samalah mengingini apa yg awak idamkan tu
memang tak salah. Tapi, tak salah juga kalau anda sanggup memberi satu
peluang pada orang lain, kan? Sekiranya awak dapati “bas” itu tak sesuai
dengan awak, apa yg perlu awak lakukan hanya tekan loceng dan turun
daripada bas tu. Tapi… saya pasti awak semua tentu ada pengalaman yg
macam ni. Awak nampak sebuah bas datang (tentulah bas yg awak nanti- nanti
kan), awak tahan bas tu tapi pemandu bas tu pulak buat tak faham dan
pura-pura buat tak nampak awak dan terus berlalu tinggalkan awak!
Hahahaha… . Bila ada bas yang lalu melintasi saya macam tu, apa yang saya
lakukan ialah BERJALAN!

Bodoh sebenarnya untuk mengejar bas tu sebab setiap kali, awak akan
terjatuh dan menyakiti diri awak sendiri. Jadi, bercinta tu adalah ibarat
menunggu bas, sama ada awak nak naik dan beri peluang pada bas tu…
semuanya terpulang pada diri awak. Dan bila awak berjalan, awak sebenarnya
cuba melarikan diri daripada cinta!

Pautan Kekal 2 komen

Kenapa Anda Dilarang Meng”Upload” Gambar

Jun 14, 2007 at 3:26 am (Gambar-Gambar)

 Mula-mula

1.jpg

Pastu…

  2.jpg

4.jpg

5.jpg

6.jpg

7.jpg

9.jpg

10.jpg

8.jpg

11.gif

p/s: Korang bayangkan korang jadi striper…..huhuhuhuhuhuhu

Pautan Kekal 3 komen

Sepopit

Jun 13, 2007 at 12:07 am (Lawak Tepi)

Pak Pandir pergi ke sebuah pekan untuk membeli buah durian… lalu dia
menghampiri seorang penjual buah durian yang merupakan orang asli
tempatan…

Pak Pandir : “Bang harga durian ini berapa?”
Org Asli : “yang ini.. sepopit sebiji”

Pak Pandir kebingungan mendengar jawapan dalam bahasa orang asli itu
kerana dia tidak memahami berapa nilainya sepopit itu.. lalu Pak Pandir
buat-buat tahu dan cuba menawarinya..

Pak Pandir : “Bang.. Boleh kurang sikit tak”?
Org Asli : “Boleh aje, nak kurang berape?
Pak Pandir : “Lahupa.. boleh ya!”

Penjual orang asli itu kebingungan.. lalu bertanya pada Pak Pandir…

Org Asli : “Lahupa itu berapa?”
Pak Pandir : “Cakap dulu.. Sepopit itu berapa, kalau tak mampus aku tak beli”

Pautan Kekal Tinggalkan Komen

Yang Di Atas

Jun 12, 2007 at 12:03 am (Lawak Tepi)

Pada suatu hari Si Amin disuruh oleh emaknya mengambil mangga di kebun.
Sedang Amin memanjat pokok mangga, tiba-tiba dia terlihat ke bawah ada
sepasang remaja sedang ‘bercekerama’. Maka berdirilah bulu roma Si Amin.
Dia pun bertahan di atas pohon sambil menahan lututnya yang semakin mulai
gemetar.

Tak lama kemudian didengarnya suara isak tangisan remaja perempuan itu,
sambil tersendat-sendat dia bicara. “Abang macamana kalau saya hamil nanti?
Abang kena bertanggung jawab.” “Sudahlah, dik, kita serahkan semua ini
pada ‘yang di atas’, ” jawab si lelaki..

Si Amin terperanjat lalu dia berteriak, “Wah! wah! kamu berdua yang
sedap-sedap di bawah, senang-senang nak serahkan semuanya pada aku!
Aku kan cuma tengok saja, usik pun tidak

Pautan Kekal Tinggalkan Komen

Petua Kahwin Lebih Dari Satu… (Untuk Lelaki Sahaja!!!)

Jun 11, 2007 at 5:13 am (Inspirasi-Motivasi)

Ada seorang kakak ni, dah dekat menapouse, tapi masih nampak bergetah kerana kulit cerah, kuning langsat, body masih mengancam jantan miang (lelaki beriman OK la kut…) dan kecil molek orangnya. Hanya 5 kaki tinggi lebih kurang. Oleh itu tak terserlah ketuaannya malah jadi siulan orang. Kak Nani, namanya=Rosnani. 

Tapi entah macam mana, saya dengar berita suaminya kawin lagi satu. Siap bersanding lagi dengan pelamin vogue, dan paling pelik buat kat rumah sendiri.Bahkan dua kali ganda pelik, Kak Nani sebagai penyambut tetamu di hari bahagia suaminya. Juga tiga kali ganda pelik, Kak Nani sambut dengan senyuman ori (bukan kelat tau) di gerbang rumah. Apakah rahsia suami Kak Nani itu yang bekerja hanya sebagai anggota penolong penguatkuasa?


Setahun, dah dapat orang baru, tak pasti lelaki ke perempuan, namun bila hampir genap dua tahun, cik abang tu kawin lagi satu tanpa menceraikan kedua-duanya. Ringkas cerita apa yang ditulis di perenggan kedua di atas tu berulang, bahkan isteri menyambut tetamu secara berjemaah, senyum, bangga dan tanpa sedih barang sekelumit pun !  
Kak Nani pun montel, berisi dan bersusun gelang di tangan. Kagum saya akan suami Kak Nani! Telah ku sematkan di hati untuk mendapatkan petua dari cik abang apakah ilmu dimiliki.? Sayugia, seminggu kemudian dengan beradabnya saya menemui Kak Nani sebagai isteri tua sebagai minta izin untuk berjumpa cik abang.  

Bila dilontarkan hajat mohon ilmu makrifat suami hebat, Kak Nani dengan yakinnya berkata, “Tak perlulah jumpa suami akak, sebab boleh akak nyatakan rahsianya tanpa was-was”. Saya agak kesal kerana tidak yakin dan, Kak Nani dengan  pantas mencelah, “Akak nak jadi isteri yang taat, isteri yang adil, yang saksama, beri semua madu merasa apa yang akak rasa …”  

“Biarlah betul-betuk kak” kata saya . Jawab kak Nani, “kakak mahu semua madu rasa apa yang suami beri .., kalau dulu selalu akak kena penampar dan sepak terajang, kini mereka pun dapat, lewat layan seks kena tumbuk maka mereka pun rasa, makanan kurang panas kena baling dengan pinggan mereka pun alami, kejut suruh bangun subuh kena hentak di bucu katil mereka dapat juga, tanya kenapa balik lewat dibedal dengan buckle tali pinggang mereka pun rasa. Pokoknya apa yang Kak Nani rasa , mereka dapat dan rasa tanpa kecuali.Maka DAH KURANG apa yang akak dapat kerana pengagihan ADIL itu sesama kami” 

Saya terkulat-kulat memikirnya. Dengan senyum simpulnya Kak Nani menyambung, “dan sekarang akak boleh tidur lena, makan selera, badan tak lebam, sihat montel dan kini suami akak tak lagi minta duit gaji akak (bini lain gaji mahal), maka dapat beli gelang-gelang emas 916 ini”, sambil dia menggoyang-goyangkan lengan yang penuh gelang ibarat Rita Rudaini dalam filem Mami Jarum tu. Saya batalkan hajat nak jumpa cik abang tu, sebab bersyukur. Walaupun tak dapat  ilmu kawin 3 , setidak-tidaknya saya masih seorang lelaki dan bukannya jantan !!…

Pautan Kekal Tinggalkan Komen

Next page »