Jatuh…..C.I.N.T.A

Oktober 30, 2006 at 12:12 am (Inspirasi-Motivasi)

love.jpg

Bila anda bersama si dia, anda berpura-pura tak
pedulikannya. Tapi bila si dia tiada di sisi,
anda akan melihat sekeliling mencari kelibatnya.
Waktu itu, anda telah jatuh cinta.

Walaupun orang lain sedang membuat anda ketawa,
anda hanya menumpukan perhatian terhadap si dia.
Waktu itu anda telah jatuh cinta.

Walaupun si dia sepatutnya menghubungi anda
memberitahu dia telah selamat tiba, tapi telefon
anda tidak berdering, dan anda ingin sangat-
sangat menerima panggilan daripadanya, waktu itu
anda telah jatuh cinta.

Jika anda lebih berminat membaca mail ringkas
daripada si dia berbanding mail panjang berjela
daripada orang lain, anda telah jatuh cinta.

Bila anda terpaksa memadamkan pesanan dari mesin
menjawab panggilan tetapi anda tak sanggup
memadamkan pesanan daripada si dia, anda telah
jatuh cinta.

Bila anda mendapat dua keping tiket wayang, dan
anda tak dapat mengelak untuk memikirkan si dia,
waktu itu anda telah jatuh cinta.

Anda kerap memberitahu diri anda bahawa dia hanyalah
kawan biasa, tapi anda menyedari anda tak dapat
menghalang daripada tertarik kepadanya, waktu
itu anda telah jatuh cinta.

Sewaktu anda membaca rencana ini, jika seseorang
muncul di fikiran anda, maknanya anda telah
jatuh cinta dengannya
Betui tak??…kweng kweng kweng…

Pautan Kekal 5 komen

Jangan Tanya Pasal Burung

Oktober 19, 2006 at 8:00 am (Lawak Tepi)

bird.jpgAda seorang lelaki tua yang hobinya memelihara banyak burung. Pada suatu pagi, semua burung kesayangannya telah hilang. Merasa sipencuri sudah keterlaluan, lelaki tua itu pun membawa masalah ini di perjumpaan mingguan di kampungnya.

Lelaki tua : “Siapa disini yang ada burung?”

Seluruh penduduk laki-laki segera berdiri.

Menyedari kesilapannya dalam cara bertanya, lelaki itu menambah

“bukan itu maksud saya”

Lalu di ajukan soalan yang lain..

“maksud saya adalah, siapa yang pernah lihat burung?”

Maka seluruh penduduk wanita berdiri.

Kerana menyedari pertanyaannya masih tidak betul, maka dengan muka merah padam dia menyambung

“maaf, bukan itu maksud saya”

Sekali lagi di cuba bertanya

“maksud saya adalah siapa yang pernah lihat burung yang bukan miliknya”

Separuh penduduk wanita berdiri.

Muka lelaki itu makin merah, dan juga makin gugup, segera berkata lagi

“maaf sekali lagi, bukan ke arah itu pertanyaan saya, maksud saya adalah,

siapa yang pernah lihat burung saya?”

Lalu… Isteri lelaki itu pun pun berdiri….dan seorang wanita yang lain, maka kali ini merah padam pula muka si isteri, lelaki tu pun cabut lari, menyesal tanya.  

p/s: Sape hilang burung tolong diam-diam ek

Pautan Kekal Tinggalkan Komen