Budu Cap Ketereh Diiktiraf Harta Intelek

Mei 24, 2006 at 5:42 am (Inspirasi-Motivasi)

23budu.jpg

TUMPAT: Budu cap ketereh yang diusahakan seorang penduduk dekat Pengkalan Kubor di sini sejak 27 tahun lalu, dipercayai menjadi budu pertama negara ini yang diiktiraf sebagai harta intelek.

Berikutan pengiktirafan Perbadanan Harta Intelek Malaysia (PHIM) terhadap budu berlabelkan gambar dua biji buah ketereh (gajus) yang diusahakan Mat Ismail Jusoh, 55, di Kampung Ketil itu, ia kini dilindungi mengikut Akta Perlabelan.

Mat Ismail berkata, beliau mendaftar budu cap ketereh yang diusahakannya sebagai harta intelek bagi mengelak produknya ditiru pihak lain yang cuba mengambil kesempatan terhadap permintaan budunya yang baik di pasaran.
“Berikutan pengiktirafan ini, saya boleh mempertahankan lambang buah ketereh yang digunakan sebagai label budu yang saya hasilkan selama ini dan bertindak terhadap mereka yang menirunya bagi mengelirukan pengguna.

“Saya kini dalam proses mengambil tindakan undang-undang terhadap sebuah syarikat pengeluar budu yang sengaja mengguna botol serta label dua biji buah ketereh milik syarikat saya pada budu mereka,” katanya.

Identiti budu keluaran syarikat Mat Ismail termasuklah botol yang mempunyai logo timbul dua biji buah ketereh yang ditempah khas dari Indonesia dan Thailand.

Selain itu, label kandungan budu terbabit turut menyatakan ia sebagai harta intelek.

Mat Ismail berkata, secara purata, syarikatnya mengeluarkan 1,000 dozen botol budu berkapasiti 200 mililiter (ml) setiap hari yang dihantar untuk pasaran seluruh negara.

Beliau berkata, pihaknya juga akan mula mengeluarkan budu dalam botol kecil berkapasiti 60ml dan dipasarkan menerusi sebuah rangkaian pasar raya terkemuka tempatan, mulai bulan depan.

Katanya, dalam usaha membantu mengembangkan industri budu tempatan, pihaknya kini menerima 18 pelajar Kolej Universiti Sains Teknologi Malaysia (Kustem) dari Kuala Terengganu untuk menjalani latihan amali di kilang budunya.

p/s: Tahniah Budu Cap Tereh. Artikel di atas dipetik dari Berita Harian 23 Mei 2005(http://www.bharian.com.my/m/BHarian/Tuesday/Nasional/20060522233133/Article)

6 komen

  1. Rahsia Budu terbongkar at Salam Pantai Timur berkata,

    [...] Baca: Budu Cap Ketereh Diiktiraf Harta Intelek [...]

  2. salampantaitimur.com » Rahsia Budu Terbongkar berkata,

    [...] Baca: Budu Cap Ketereh Diiktiraf Harta Intelek [...]

  3. zul berkata,

    Kat carrefour pun ada jual budu cap ketereh ni. Hebat. Mudah ambo nak beli.

  4. MIE berkata,

    AMBO SUKO SOKMO DEH..

  5. Hasbullah berkata,

    Kita makan budu cap goni jah. budu cap lain tak suka. Tapi lama dah tak makan budu sejak dok oversea ni. Nati blk msia nak makan puas. bwk budu gi overseas cicah dengan tomato putik pah lenyek ikan tuna sedapla. tapi tak sempat nak masak pulak.

  6. Hasbullah berkata,

    Macam mana kalu abg mat ismail buat dua versi budu ni. satu (ORIGINAL) pah satu lagi (Low Salt) saya rasa lagi laku. Mesti org darah tinggi hok tak brapa boleh makan budu pilih jenama ni. Kurang garam skit la. Org sihat makan hok ori. KFC pun ada original ada hot spicy.

Kirim Komen