Kaki Ubi

4 Komen

Matahari Rusia

Tinggalkan komen

Mabuk Kerana Cinta

DIKISAHKAN DALAM SEBUAH KITAB KARANGAN IMAM AL-GHAZALI BAHAWA PADA SUATU HARI NABI ISA A.S BERJALAN DIHADAPAN SEORANG PEMUDA YANG SEDANG MENYIRAM AIR DIKEBUNNYA. BILA PEMUDA ITU TERLIHAT AKAN NABI ISA A.S BERADA DIHADAPANNYA MAKA DIA PUN BERKATA “ WAHAI NABI ISA A.S KAMU MINTALAH KEPADA TUHAN KAMU AGAR DIA MEMBERI AKU SEBERAT SEMUT JARRAH CINTAKU KEPADANYA”.
BERKATA NABI ISA A.S WAHAI SAUDARAKU, KAU TIDAK AKAN TERDAYA UNTUK SEBERAT JARRAH ITU.”
BERKATA PEMUDA ITU LAGI, “ WAHAI NABI ISA A.S, KALAU AKU TIDAK TERDAYA UNTUK SATU JARRAH ITU, BERIKANLAH AKU SETENGAH BERAT JARRAH CINTAKU KEPADANYA.”
OLEH KERANA KEINGINAN PEMUDA ITU UNTUK MENDAPATKAN KECINTAANYA KEPADA ALLAH, MAKA NABI ISA A.S PUN BERDOA,,, “ YA TUHANKU.. BERIKANLAH DIA SETENGAH BERAT JARRAH CINTANYA KEPADA MU”. SETELAH ITU, NABI ISA A.S PUN TERUS BERLALU DARI SITU.
SELANG BEBERAPA LAMA, NABI ISA DATANG LAGI KE TEMPAT DIA BERTEMMU DENGAN PEMUDA YANG MEMINTANYA BERDOA, TETAPI NABI ISA A.S TIDAK DAPAT BERJUMPA DENGAN PEMUDA ITU. MAKA NABI ISA A.S PUN BERTANYA KEPADA ORANG-ORANG YANG LALU LALANG DITEMPAT TERSEBUT. DAN BERKATALAH SALAH SEORANG DARIPADA MEREKA BAHAWA PEMUDA ITU TELAH GILA DAN BERADA DI ATAS GUNUNG.
SETELAH NABI ISA A.S MENDENGAR PENJELASAN ORANG ITU, MAKA BELIAU PUN BERDOA KEPADA ALLAH S.W.T “ WAHAI TUHANKU, TUNJUKKAN LAH KEPADAKU TENTANG KEBERADAAN PEMUDA ITU”.. SETELAH SELESAI SAHAJA NABI ISA A.S BERDOA,, MAKA BELIAU PUN DAPAT MELIHAT PEMUDA ITU YANG BERADA DI GUNUNG GANANG DAN SEDANG DUDUK DI ATAS SEBUAH BATU BESAR, MATANYA MEMANDANG KE LANGIT.
NABI ISA A.S PUN MENGHAMPIRI PEMUDA ITU DENGAN MEMBERI SALAM, TETAPI PEMUDA ITU TIDAK MENJAWAB SALAM NABI ISA A.S, LALU NABI ISA A.S BERKATA “ AKU INI ISA A.S “….. KEMUDIAN ALLAH MENURUNKAN WAHYU YANG BERBUNYI “WAHAI ISA, BAGAIMANA DIA DAPAT MENDENGAR PERBICARAAN MANUSIA, SEBAB DALAM HATINYA ITU TERDAPAT KADAR SETENGAH BERAT JARRAH CINTANYA KEPADAKU. DEMI KEAGUNGAN DAN KELURUHANKU, KALAU ENGKAU MEMOTONG DIA DENGAN GERGAJI SEKALIPUN TENTU DIA TIDAK AKAN MENGETAHUI AKAN HAL ITU”
DEMIKIANLAH AGUNGNYA CINTA ALLAH… RENUNGKANLAH…………

2 Komen

Kerana Darah Itu…

Kisah ini berlaku kat Ampang… Kisah benar yang berlaku 2 tahun lepas(diceritakan oleh kawan baik kepada lelaki yang bernama Amir (nama samaran)…utk dijadikan teladan bagi kita yg masih hidup.

Kawan aku ni seorang salesman kereta, bercinta dgn seorang anak jutawan di Area Bukit Antarabangsa. Malangnya, percintaan ini ditolak kerana kawan aku ini seorang salesman kereta.

Satu malam, mereka bercadang utk melarikan diri. Selepas berjaya melarikan diri, bapak perempuan ini sedar akan kehilangan anak perempuan kesayangan dan telah membuat laporan polis dan juga telah membuat iklan di akhbar tempatan dgn mengatakan dia akan menerima teman lelakinya itu jika dia balik ke rumah.

Bila mendengar berita ini, perempuan itu balik ke rumahnya di bukit antarabangsa dan keluarga pihak permpuan itu pun menerima lelaki ini dengan seadanya.

Enam bulan kemudian, mereka bercadang utk berkahwin dan persiapan utk majis perkahwinan itu sedang disediakan. Nak dijadikkan cerita, Semasa lelaki ini pergi membeli Kentaki kat Ampang Point, dia kena langgar kereta di hadapan perempuan tersebut dan keesokan harinya lelaki itu pun dikebumikan. Kejadian ini amatlah meyedihkan perempuan tersebut kerana tinggal beberapa hari sahaja lagi perempuan itu hendak berkahwin dgn lelaki kesayangannya.

Pada satu malam, ibu perempuan ini mendapat mimpi, Seorang nenek tua meminta utk membersihkan percikan darah di baju pengantin perempuan itu, kalau tidak, sesuatu yang akan buruk akan berlaku. Tapi, ibu perempuan tersebut tidak mengendahkannya.

Malam berikutnya, Ayah perempuan tersebut pula menerima mimpi yang sama iaitu seorang nenek tua meminta utk membersihkan percikan darah di baju pengantin perempuan itu, kalau tidak, sesuatu yang akan buruk akan berlaku. akan tetapi, ayah perempuan tersebut jugak tidak megendahkannya.

Malam ke tiga, -perempuan itu pula menerima mimpi yang sama seperti ayah dan ibunya dan diceritakan mimpi tersebut kepada kedua ibu dan ayahnya. Dalam ketakutan yang amat sangat, dia pun pergi membasuh baju itu dan macam mana kuat dia basuh pun, darah tetap ada…

Malam keempat, dia mendapat mimpi yang serupa.. Seorang nenek tua menyuruh dia membasuh darah itu bersih2 dan jika tidak, malang akan menantinya.. Bia bangun, perempuan itu pun terus menyental baju tersebut sehingga kain tersebut menjadi haus, akan tetapi, darah itu tetap adaa…

Keesokan harinya, perempuan itu terkejut apa bila pintu belakang rumahnya di ketuk bertalu2 dan munculah nenek tua tersebut dan perempuan itu pun pengsan..

Setelah terbangun dari pengsan, lalu nenek tua itu pun menguhurkan benda yang berwarna biru…

Perempuan itu bertanya kepada nenek tua itu “apa ini…?”

Ni lah Sabun Basuh Dynamo, letak kan sedikit dan kotoran akan hilang.. .err..yg ni adalah pakej percubaan aja, kalau nak yang besar, beli kat kedai…..

hehehehhhhehehehh. …..

Jangan marah eden pun terkenajuga. …hehhe

2 Komen

CUCI MATA

Although we use our eyes everyday, we rarely pay attention to them until there is some serious problem. You can maintain perfect eyesight for most of your life by following some simple remedies.

An Important Aspect of Health
If you were asked, “Do you take care of your eyes once a week or at least once a month?”, the most common reply would probably be in the negative. The eyes are considered to tbe the most important organ in ourt body and yet, people neglect to care for them.

Although we use our eyes everyday, we rarely pay attention until there is some serious problem. Ayurveda advises to take care of health while in a healthy state. You can maintain perfect eyesight for most part of your life by following some simple remedies.

  • Every morning after waking up, fill your mouth with water, close the eyes and sprinkle water on them about 10-15 times. Be sure, as Ayurveda advises, to wake up before sunrise. Do not use hot water to wash the eyes.

  • Do not wash the eyes or face when the body is sweating, especially after hard physical exercise or after being exposed to heat and sun.

  • Do not stare continuously, specially while looking at long distance objects. Blinking or giving rest to the eyes is good. Do not look at the objects in bright sunlight for a long time. Avoid reading, writing or working with eyes in improper light, or when the light is not sufficient. Take a break and give rest to the eyes if you feel heaviness or tiredness in the eyes.

  • Staying up late in the night and sleeping after sunrise is harmful for the eyes. In case of staying up late, drink a cup of water after each hour or half hour.

  • Protect your eyes from dust, smoke, strong sunlight and strong wind. Avoid staying long in such conditions. In case you have to stay, blink often and massage the closed eyes gently with your palms.

  • Try to maintain regular and clean bowel movements. Constipation weakens the eyesight. In addition; too much anxiety, mental stress, grief, anger and worry are harmful for the eyes.

  • Regular eye exercise maintains perfect eyesight. One simple method of exercise is moving the eyeball – right and left; upwards and downwards and rotating it in the clockwise and anti-clockwise directions.

  • Another simple way of protecting of eyes is through ‘palming’. Rub the palms of both hands for about 30 seconds, close the eyes and gently place the warm palms over the eyes.

  • Eating cabbage and carrots is very beneficial for the eyes. These should be eaten raw. It is all right to drink cabbage and carrot juice mixed together or separately.

  • If Triphala (an Ayurvedic preparation) is available, you can wash the eyes with ‘Triphala water’. Put a teaspoonful of Triphala powder in a glass of water, and let it stay overnight. Strain the water and wash the eyes with it.

  • Putting one drop of honey in each eye once a week is also beneficial to the eyes. It causes a bit of irritation, but cleans the eyes.

Try these remedies and keep your eyes healthy and beautiful. These remedies can be used by everyone, including those having weak eyesight. Through these methods, one can even improve one’s weak eyesight and maybe even give up the use of spectacles forever.

 

 

There re many things in ure life which will catch ure eye but only few will catch ure heart pursue those

,

9 Komen

“7 KALI SEMINGGU..3 JAM SEKALI.. NON-STOP!!”

Mak Minah dan Pak Mat ada 4 org anak perempuan yang sangat disayangi iaitu Siti , Seri, Murni dan Suri. Satu hari mereka berpakat utk kawinkan anak2 ni serentak.

Selepas selamat diijabkabulkan, ke-empat2 anak tu pun bercadang untuk pegi honeymoon. Siti pegi honeymoon ke Pulau Langkawi, Seri ke Pulau Tioman, Murni ke Pulau Kapas dan Suri ke Pulau Pangkor.

Sebelum pegi Mak Minah dan Pak Mat berpesan, “nanti jgn lupa hantar berita pada mak dan ayah. Ceritakan macam mana honeymoon korang. Tak payah tulis panjang2, pakai kod iklan aja dah cukup. Ringkas, padat
dan cepat.” panjang lebar Mak Minah memberi arahan pada anak2nya.

Seminggu lepas tu depa terimalah surat dari Siti yang bertulis ‘Standard Chartered’. Tercari2lah kedua suami isteri ni iklan Standard Chartered dan bila jumpa tersenyum le kedua2nya membaca iklan yang bertulis “Besar, teguh dan peramah”.. Bahagialah Si Siti rupanya..

Esoknya terima pula surat Seri yang bertulis ‘Nescafe’. Carilah iklan Nescafe dan tersenyum lagi keduanya membaca iklan yang bertulis “Nikmatnya hingga ke titisan yang terakhir” Bahagialah Si Seri rupanya…

Selang beberapa hari kemudian, tiba pula surat Murni bertulis  ‘KFC’ Carilah iklan KFC dan tersenyum keduanya membaca iklan yang bertulis ‘Hingga Menjilat Jari’… Bahagialah Si Murni rupanya…

Seminggu berlalu, tiada surat dari Suri, Mak Minah dan Pak Mat dah risau. Dua Minggu… tak ada jugak.. masuk minggu ke tiga baru sampai surat dari Suri dengan isi kandungannya “AIR ASIA”.

Bergegas le Mak Minah cari iklan penerbangan tu sbb tak sabar nak tau apa yg jadi kat anak bongsunya. Bila dibaca. Mak Minah dan Pak Mat terkulat2 tak tau nak senyum atau menangis.. Apa motto iklan itu…??

“7 KALI SEMINGGU..3 JAM SEKALI.. NON-STOP!!”

, , , ,

4 Komen

Kisah Beruk Kesayangan

Mat Daik tinggal di Tumpat, Kelantan. Dia ada seekor beruk peliharaan yang pandai memanjat pokok kelapa. Pendapatan sampingan Mat Daik ialah menggunakan beruk peliharaannya itu untuk mengambil upah memetik kelapa dari masyarakat sekitar Tumpat.

Tetapi malang sungguh nasib Mat Daik apabila suatu hari beruk peliharaannya telah mati akibat suatu kejadian yang sungguh menyayat hati (sehingga tidak mampu di taip dengan sebarang perkataan pun…fuh!).

Akibat tragedi tersebut, Mat Daik selalu murung dan bersedih. Kesedihan Mat Daik turut dirasai oleh orang kampungnya dan juga mereka yang pernah mendapat khidmat daripada beruk Mat Daik.
Untuk menghilangkan kesedihannya, Mat Daik telah pergi ke rumah sahabatnya yang bernama Rani. Rani tinggal di Marang, Terengganu. Rani sebenarnya adalah teman seperguruan Mat Daik semasa mereka menuntut ilmu pemeliharaan beruk suatu ketika dahulu. Kedatangan Mat Daik disambut gembira oleh Rani dan pemergiannya ke kampung Rani lebih-lebih menggembirakan Mat Daik. Ini adalah kerana Rani mempunyai seekor beruk yang saling tak tumpah dengan beruknya dahulu. Rani memanggil beruknya sebagai Bob. Kesedihan Mat Daik sedikit terubat apabila dia berada bersama-sama dengan Bob. Tetapi yang lebih menjadikan Mat Daik teruja ialah kerana kecekapan dan kehebatan Bob dalam mematuhi semua arahan daripada Rani. Bob akan memanjat pokok kelapa dengan tangkasnya apabila disuruh dan akan memetik kelapa yang tua atau kelapa muda hanya dengan arahan daripada Rani.

Setelah hampir 1 minggu di Marang, Mat Daik ingin pulang ke Tumpat. Tetapi dia mempunyai satu harapan iaitu ingin membawa Bob bersama-samanya. Dia tidak tergamak untuk menyuarakan keinginan itu kerana mengenangkan persahabatannya dengan Rani. Bagi diri Rani, dia memahami suara hati sahabatnya itu, lalu dia membenarkan Mat Daik untuk membawa pulang Bob bersamanya selama sebulan. Mat Daik sangat gembira dan terus memeluk Rani dan berjanji akan menjaga Bob sebaik mungkin. Rani kemudiannya mengajar Mat Daik arahan-arahan yang perlu diberi kepada Bob untuk memetik kelapa nanti.
Orang kampung Mat Daik sangat gembira apabila melihat dia sudah pulang dengan wajah yang ceria dan bersamanya seekor beruk yang seiras dengan beruknya dahulu.
Mat Daik menceritakan segala yang telah berlaku sewaktu di Marang dan berulangkali memberitahu akan kehebatan Bob. Dengan tidak berlengah dia terus membawa Bob dan orang kampungnya pergi ke kebun kelapa Pak Majid. Di situ juga dia berkata kepada Bob, ” Panjat Bob…panjat”. Sebaik menerima arahan tersebut, Bob yang dari tadi asyik menggigit batang tebu terus mencampakkan tebu itu dan mulalah memanjat pokok kelapa itu. Orang kampung mulalah bersorak gembira melihat kehebatan Bob memanjat pokok itu yang begitu pantas sekali. Mat Daik tersenyum girang mendengar sorakan orang kampungnya. ” Ha..ambik hok tuo..hok tuo..jange hok mudo!”(Ha ..ambil yang tua..yang tua..jangan yang muda) Mat Daik memberikan arahan seterusnya.Akan tetapi …si Bob tidak bergerak. Dia hanya memandang ke bawah terkebil-kebil. ” Bob…kawe kato ambik nyor tuo tu…ha…tu hok tuo depe demo tulah.”( Bob.. saya kata ambil kelapa tua tu…ha..tu yang tua kat depan kau tulah) sambung Mat Daik lagi. Bob masih tidak berganjak dan terus terkebil-kebil memandang ke arah Mat Daik dan orang kampungnya.
Bila melihat Bob yang tidak berganjak itu, Mat Daik merasa hairan lalu terfikir mungkin Bob keletihan kerana perjalanan yang jauh. Dia berkata ” Ha ..turun..turun .” Bob terus turun bila mendapat arahan itu.
Pada keesokan harinya. Mat Daik membawa Bob memanjat pokok kelapa di depan rumahnya. Perkara yang sama telah berlaku . Bob hanya menerima arahan ‘panjat’ dan ‘turun’ sahaja. Mat Daik merasa hairan dengan kejadian ini. Segala kehebatan Bob yang diwar-warkannya kepada orang kampung tidak dapat dibuktikan. Mat Daik mula merasa malu dengan orang kampungnya. Kejadian ini berlarutan selama 6 hari dan masuk hari ke 7, Mat Daik telah menelefon Rani dan menceritakan segala apa yang telah berlaku. Rani berjanji akan pergi ke Tumpat pada keesokan harinya.
Malam itu Mat Daik tidak dapat melelapkan matanya. Bermacam-macam kemungkinan bermain di benaknya. Mungkinkah Bob sakit? Atau mungkinkah Bob rindukan Rani? Pelbagai kemungkinan dibayangkannya sehinggalah ke waktu Subuh.
Lebih kurang pukul 12 tengahari kelibat Rani pun kelihatan dan Mat Daik menyambut Rani dengan penuh kegusaran pada wajahnya. Berulang-ulang kali lagi dia meminta maaf daripada Rani atas segala kesulitan tersebut. Rani dibawa ke kebun kelapa Pak Majid. Rani meminta Mat Daik tunjukkan bagaimana arahan yang diberikannya kepada Bob supaya mengambil kelapa tua. ” Ha …panjat Bob..gi ambik nyor tuo tigo butir.”(Ha ..panjat Bob.. pergi ambil/petik kelapa tua tiga biji) Bob pun mulalah memanjat pokok itu tetapi seperti 6 hari yang lalu dia hanya memanjat dan kemudian terkebil-kebil memandang Mat Daik di bawah. Rani pun tersenyum kerana dia mula dapat mengagak akan masalah yang sebenarnya. Rani meminta Mat Daik menyuruh Bob memetik kelapa muda pula. ” Bob..demo ambik nyor mudolah pulok..ha ..nyor mudo..mudo.”(Bob..kau petik kelapa mudalah pulak..ha… kelapa muda..muda) Bob hanya terkebil-terkebil sahaja.
Rani pun segera mengeluarkan arahannya “Bob..ambik hok MUDER…HA.. MUDER..” (Bob petik yang muda..ha…muda) mendengar sahaja arahan itu terus Bob memetik kelapa muda beberapa biji. ” HA..HOK TUER..TUER..”(Ha..yang tua..tua) Rani memberi arahan selanjutnya. Bob terus memetik beberapa biji kelapa tua sebagaimana yang diarahkan. Mat Daik pun menggaru kepalanya akan insiden ini sambil Rani ketawa terbahak-bahak kerana baginya ia amatlah menggelikan hatinya. Rupa-rupanya Bob adalah seekor beruk dari Marang, Terengganu yang tak faham akan loghat Tumpat, Kelate dari Mat Daik….kah. .kah..kah! !!

Moral: Jangan pelihara kucing Parsi kalau tak tahu cakap Parsi. Binatang pun faham loghat tempat asal dia aje.

, , ,

8 Komen

Mouse Pad

 Isk..isk..isk…

mouse-pad.jpg

, ,

1 Komen

Nokia Kamera

Nokia telah melancarkan modelnya yang terbaru. Canggih, hebat dan bergaya. Sesuai untuk semua. Cepat dapatkan sebelum kehabisan stok!!!!

.

.

.

.

.

.

.

.

.

nokia-kamera.jpg

,

6 Komen

Pantun Sakit Hati

Buah cempedak di luar pagar
Ambil galah tolong jolokkan
Kenapa kau nak jolok pakai galah
Sebab cempedak tu dah jatuh kat luar pagar .

Kalau ada sumur di ladang
Bolehlah hamba menumpang mandi
Patutlah bau badan kau busuk semacam
Bilik air ada, buat apa kau mandi kat ladang..

Pisang emas dibawa berlayar
Masak sebiji di atas peti
Kat pasaraya tak ada hutang hutang
Kalau nak, bayar, Cash On Delivery

Kalau ada jarum yang patah
Jangan di simpan di dalam peti
Kesian betul dengan kau ni
Jarum patah pun kau simpan dalam peti.

Dua tiga kucing berlari
Mana nak sama si kucing belang
Kalau kau berani kejarlah kucing tu
Mesti kau kena cakar sampai berbelang-belang gak..

Kajang Pak Malau kajang berlipat
Kajang hamba mengkuang layu
Kain Pak Malau, Mak Limah yang lipat
Kain aku, si pencuri yang sapu

Rumah Pak Mamat di tepi sawah
Pakai langsir berwarna biru
Ooi Pak Mat, langsir warna biru tak lawa lah
Pakailah warna kuning ke, hijau ke, kelabu asap ke.

Air pasang dalam surut pukul lima
Nyonya bangun pagi siram pokok bunga
Haloo nyonya, mau tanya sikit
Siram pokok bunga aje, tak jual sayur ka?

Tuai padi antara masak
Esok jangan layu-layuan
Kalau padi tu belumlah masak
Janganlah tuai, taklah layu-layuan..

Limau purut masak di dahan
Batang selasih condong uratnya
Limau purut tak boleh makan
Nanti sakit perut apa ubatnya.

Pulau Pandan jauh ke tengah
Gunung Daik bercabang tiga
Buat apa nak ke Pulau Pandan yang jauh tu
Pergi aje ke Kampung Pandan

Sorong papan tarik padan
Buah keranji dalam perahu
Tolonglah jangan makan buah keranji tu
Nanti badan kau orang berbau.

Hayya Cik Siti, perempuan banyak muda
Ana banyak takut jalan tutup mata
Memanglah takut kalau jalan tutup mata
Sebab takut terpijak lubang Indah Water

Encik Baba jatuh dalam parit
Cik Aminah ketawa jerit jerit
Sampai hati Cik Aminah ketawakan saya jerit-jerit
Mentang-mentanglah saya jatuh dalam parit

Buai laju laju
Sampai pokok sena
Woii, jangan buai laju-laju
Nanti kang tercampak kat pokok sena

Timang tinggi-tinggi
Sampai cucur atap
Cucur atap tak sedap
Cucuk pisang, cucur udang, haaa tu sedap

68 Komen